Nov 22, 2010

Lego Dengan Enjin V8

Akhirnya, sampai hajat dihati untuk membuat blog.Yeah!!!. Tiba masanya untuk beraksi memberikan idea yang lama terpendam di dalam jiwa. Tapi masih banyak yang perlu dipelajari untuk mencantikkan blog ini. Mari kita mulakan blog dengan permainan Lego.






Gambar di atas merupakan enjin V8 yang berfungsi menggunakan elektrik ,sangat gempak designer dia.Sekarang lego bukan sahaja membuat permainan simple-simple lagi dah,tapi sudah mula  membuat permainan elektronik. Tujuanya adalah untuk mengatasi persaingan permainan video game yang mana kita semua ketahui sudah menjadi kebiasaan untuk kanak-kanak zaman sekarang. Designer kat Lego company  menghabiskan masa dari pagi sampai ke malam untuk membuat design sahaja. Wah!



Seperti mana yang kita ketahui, enjin ini dijanakan dengan mnggunakan kuasa dari motor dan yang paling penting ialah terdapat sebanyak 2,862 keping  Lego yang digunakan. Tabik spring! untuk designer dia Mr. Barman.

Inilah post pertama aku untuk korang cuci mata, teringat zaman kanak-kanak dulu kala. Haish,geram aku dibuatnya.Last week aku singgah di kedai Toy 'R Us jumpa F1 Lego, baru jer nak beli sekali tengok harga dia mencecah 3 angka. Wah-wah, lastly aku beli la kereta F1 Hot Wheel RM19.90. Hurm, kempunan nak men Lego.

Gambar asal Barman
Vidio asal Barebos

2 comments:

Hani Mynis said...

amboi~ bukan men lagi..huhu....giler mekanikal engineering..hehe

Abun said...

ala...baru nak berjinak-jinak wat blog..best la..thnks melawati blog..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...