Dec 16, 2010

Arca Menggunakan Pensil Warna

Arca pensil ini diasaskan oleh Jennifer Maestre,dia memulakan minat ini dengan memasuki peraduan di sekolah seninya.Maestre mula mencipta arca hidupan laut dengan menggunakan paku tetapi dia tidak dapat mempelbagaikanya dalam pelbagai bentuk.Jadi dia cuba menggunakan medium yang lain iaitu pensil warna, yang mana lebih murah dan mudah didapati.

Dia menjual arca pertama yang dibuatnya pada tahun 1999 melalui Mobilia Gallery di Cambridge, Massachusetts.Selepas mereka melihat hasil tangan Maestre,mereka terus menghubungi Maestre dan mewakilkan Maestre dalam galeri seni.Banyak  oarang menghantar email untuk membeli hasil kerjanya dan arca yang dibuatnya mendapat sambutan.

Dibawah merupakan contoh-contoh arca yang dibuat oleh Maestre :-


Ini adalah Ibentina, Maestre menamakannya 13"x10"x10" work dimana telah dijual pada 2008.sempena arca Mesir kuno.Ini juga merupakan arca kegemaran Maestre.Pelik ler bentuknya.



Ini pula diberi nama Pelt,merupakan antara ciptaan pertama yang dibuat Maestre pada tahun 1999 dan telah dihadiahkan dimajlis kahwin kawan karibnya. Arca ini boleh dimanipulasikan kepada pelbagai bentuk, sama seperti sebuah fabrik.




Materialize ini telah dibuat pada tahun 2005 sempena pertunjukan persatuan untuk Kraf Tangan Kontempereri di Pittsburgh yang bertajuk "Transformations." Malangnya ia tidak berbentuk seperti transformer.Haish.



Ini pula merupakan Kraken yang dicipta daripada inspirasi obor-obor,sotong kurita dan juga kuda laut,Ianya masih berada di dalam galerinya.Boleh sape-sape bagitahu aku,tang mananya ada kuda laut kat sini.



Inilah arca yang paling aku minat. Nama dia Aurora,macam nama lagu la plak.Ianya dibuat sempena Basket Show di Fuller Craft Museum Brockton, Massachusetts.

Terdapat banyak lagi arca yang dibuat oleh Mastre,tapi penuhlak page aku karang.So,sesiapa berminat bolehla ke laman web Mastre k.

Sumber



6 comments:

LadyBird said...

cantik..kretip tul..

Abun said...

Keritip tue biase jer.Banyak lagi yang chantek2..But kalu kita wat sendri lagi chantek...boleh jual kowt..heheheh

Hanys Najib said...

kreatif sggh!
tp gamba yg kedua tu gelik ah plak,
ngehe

Abun said...

Ala...gambar yang kedua tue kita boleh ubah bentuk die...sgt nice yang kedua tu...note...name die Pelt la.hehhehe

Hani Mynis said...

geli je arca2 dia..tajam2 cm landak lak..huhu.....tp ketip betul meh! heee

Abun said...

thanks hani puji,ketip xla ketip sgt.Baru je blaja...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...