Dec 24, 2010

Solar Power Tent

Wah, ini adalah penjimatan maksimum ni. Bila adanya solar panel pada kemah. Segala kemungkinan telah menjadi tidak mustahil. Mari lihat sedikit gambar contoh khemah menggunakan solar panel.


Gambar di atas macam xlogik dan ada unsur photoshop kan,lihat gambar ni lak.


Ha,memang dah ada pon khemah yang menggunakan solar panel ni. Tapi xmacam kemah la pulak. Tapi cara operasinyinya adalah seperti berikut:-


Ini adalah contoh bagi 200Walt solar panel boleh alih, Banyak gak la tenaga elektrik yang boleh digunakan.Lanjut.


Ini pula gambar untuk solar panel plus wind power. Ganda2 la power untuk kemah ini. Sesuai utuk pakcik2 n makcik2 yang bukak gerai pasar malam kan. Khemah yang dibuat dangan kerjasam LG ini bertujuan untuk kegunaan LG semestinya. Khemah ini adalah khemah untuk mengecas handphone.Nice work LG!


Lanjut tentang khemah solar panel.

Hand Power Table


Ini adalah tenologi yang amat bagus dimana ia tidak memerlukan tenaga elektrik. Mesin ini diberi nama Jointmaker Pro v2.


Mesin ini telah dibina oleh Bridge City Tool Work, ia menggunakan adat gergaji Jepun dan terdapat sedikit minyak griss digunakan untuk menjadikan potongan lebih mudah dan juga tepat.Ini adalah barang2 upgrade untuk penambahan aplikasi memotong.


Terdapat berbagai kaedah dan cara pemotongan yang unik menggunakan mesin ini. Tambahan ianya boleh digunakan secara sendiri tanpa perlu mempelajari kemahiran kayu. Lanjut untuk belajar menggunakan mesin ini.Lihat video berikut.




 

One Moto Walker

Hari ini aku ingin membuat kelas design sikit untuk korang yang tengah2 cuti and kebuhsanan. One moto walker ini adalah sejenis robot yang simple. Ianya direka berasaskan prinsip of B.E.A.M Robotics. Membuat robot yang berasakan serangga. Ia telah diasaskan pada tahun 2000 dan disini sedikit tips camne nak membuatnya.


Cantik robot ni, bila da siap nanti boleh la bagi adik2 anda main. Tapi berhati-hati, projek ini adalah terlalu kompleks tapi aku kan tolong sedikit2 memberi cara yang terdetail sekali untuk korang semua.


Beli barang2 berikut:-
  1. 1 x Servo motor dengan servo horn
  2. 1 x Terminal block
  3. 1 x plastic gear ~2 inci
  4. 1 x plastic servo horn
  5. 1 x (2 kaki untuk 8 -10 gauge wire) ( boleh gunakan besi penyangkut baju )
  6. 1 x kepingan kecil plastic tubing ( boleh guna wayar penebat  )
  7. 2 x AA or AAA battery holder
Barangan untuk bicore:-
2 x .22 µF monolithic capacitors

1 x 100K to 10Mâ resistor (disarankan 3.2Mâ)

1 x 74HCT240 integrated circuit (IC) 74AC240 lebih baik

1 x 20-pin DIP IC socket

1 x on/off toggle switch (cari yang paling kecil)

Alat-alat yang disarankan digunakan:-

1 x safety glasses!!
1 x soldering iron
1 x glue gun
1 x wire strippers
1 x side cutter
1 x scissors, knife.

Lanjut.






    Transparent Phone

    Di dunia masakini teknologi bergerak tersangatlah pantas, kejap je update. Tengok je la dengan processor  komputer zaman sekarang ini, dulu aku pakai Intel Core 2 Duo and sekarang ni dah sampai Intel i7, memang haram jadah betul. Ni pulak handphone jenis baru, transparent!. Aku rase da boleh menandingi i-Phone ni..




    Nampak macam ada 2 plat kaca yang bodoh2 jer, tapi anda semua silap. Ini adalah hanya konsep design yang telah dibuat di Tokyo, Japan oleh Mac Funamizu.


    Kita semua mahukan rekaan yang bersih dan cermat untuk telefon masa kini, mungkin rekaan ini akan menjadi konsep untuk telefon masa hadapan. Cuma teknologinya sahaja sedang di usahakan. Segalanya bukan lagi mustahil dengan adanya teknologi yang canggih sekarang ini. Nantikannya!!!.







    Dec 23, 2010

    Umbrella Samurai

    Memandangkan hari ini pagi and petang ujan kat JB so, aku berminat nak post skit pasal Umbrella ataupon lebih manja dipanggil payung dalam bahasa melayu kita. Aku bukan la suka sangat pakai payung ni, leceh. Bila pakai payung still gak kene tempias ujan.So payung tetap sama bagi pandangan aku.Bila search2 kat google terjumpa lak payung samurai :-





    Dah macam pedang zaman dahulu kala, zaman Dinasti Han(Alam Pewira).Sangat antik plus bergaye sikit.Kepada sesiapa yang berminat nak melawan hujan dengan pedang samurai ini boleh la mendapatkannya disini secara on9.



    Pedang samurai ini telah diilhamkan oleh Bruce dan Stephanie Tharp dari Materious.Tapi menjadi masalah nya. Adakah selamat kita pakai di Malaysia?polis akan buat bodoh je?na mungkin....






     Nway, payung ni memng stylo.

    Climbing Wall At Swiming Pool

    Wall climbing adalah sejenis sukan lasak yang sukar untuk kita temui di Malaysia. Kebiasaanya, mereka yang pernah mencuba aktiviti ini sudah pasti mendapat pengalaman dari Kem PLKN, Kem Berseragam Sekolah dan juga Kem BTN. Sudah menjadi kepuasan bagi mereka yang pernah mencapai kemuncak permainan ini, manakala yang tidak dapat mencapai ke kemuncak pasti telah terkuburnya peluang kedua.


    Beginilah suasana apabila tamatnya program (Kebiasaan). Ia bukan lagi menjadi tumpuan dan tiada orang untuk menjaganya lagi. Namun tidak bagi AquaClimb.


    Amek skit kekreatipan benda ini,senang je tak payah lagi nak pakai tali untuk orang jaga. Jatuh pon tak de orang nak kesah. Ok lah, mari kita lihat kelibihan alat ini. Setiap panel boleh diubah kepada 4 orentasi yang berbeza, bertujuan untuk mengukur aras kesusahan. Ketinggian dinding ini dihadkan mengikut kedalaman kolam renang.



    Alat ini bukan sahaja dikhaskan untuk kanak-kanak, orang dewasa pon masih boleh menggunakannya.Untung la klu de kat blakang umah camni. Tak payah nak p gim lagi. Selain itu, terdapat juga faktor keselamatan yang telah dititikberatkan oleh pendesigner alat ini.So, xperlulah nak risau dan yang penting chill!!!



    Dec 20, 2010

    A-Bike

    Zaman sekarang terlalu ramai yang menggunakan kereta dan motosikal, apa kata kalau kita semua ubah kehidupan dengan menggunakan basikal. Tambahan pula sekarang ni zaman minyak naik dan juga kemudahan awam xbanyak. Maka terciptalah basikal yang amat kreatif ini yang diberi nama A-Bike.

    A-Bike


    Basikal ini adalah jenis basikal lipat, penciptanya Sir Clive Sinclair yang berasal dari United Kingdom berjaya mencipta basikal ini yang hanya seberat 5.5 kg dan apabila dilipat akan menjadi segi empat 67×30×16 cm.

    Lebih lanjut tentang basikal ini,lihat video dibawah.Nice!!!



    Bugatti Veyron 16.4 Lego Replica

    Lego time!!!. Yeah, kali ini kita lihat bagaimana permainan lego menjadi perhatian dan juga menarik pelanggan dengan membuat replika kereta terpantas dan termahal di dunia iaitu Bugatti Veyron.

    Sebenar


    Idea

    Lego

    Kereta yang telah diubahsuai dengan menggunakan lego ini mampu digerakkan dengan menggunakan remote control dengan 7 kelajuaan. Lihat video dibawah:-



    Lego ini telah dicipta oleh Sheepo HL, dengan skala 1:8. Selain itu, Banyak lagi aplikasi yang boleh dilakukan pada kereta lego ini.Antaranya:-


    Pintu yang boleh dibuka secara manual


    Bonet depan yang boleh dibuka dari tempat duduk  pemandu.


    Hood yang boleh tutup dan buka

    Lihat penggerakan semua ini dengan lebih jelas:-


    Nanowire Battery

    Selamat hari Isnin yang ceria semua!. Hari ini kita berkongsi ilmu mengenai Nano teknologi yang mana sedang aktif digunakan. Contohnya pada produk penjagaan yang kini bersepah-sepah mengejar mengaplikasikan teknologi ini.Plus,menjadi kebanggaan juga untuk warga UTM.



    Masuk topik utama kita, Nanowire Battery. Satu evolusi dalam dunia bateri di mana Nanowire Battery ini mampu manyimpan tenaga 10 kali ganda cas daripada Lithium-Ion bateri. Lithium-Ion bateri yang biasa digunakan dalam handphone dan juga laptop.Teknologi ini telah dijumpai oleh penyelidik dari Stanford iaitu  Yi Cui seorang penolong professor di lab sains bahan.

    Nanowire Battery

    Gambar yang di ambil dari scanning electron microscope untuk Silicon Nanowire sebelum (kiri) dan selepas (kanan)

    Dengan kuasanya 10 kali ganda, ianya telah menarik perhatian syarikat kereta elektrik dan juga rumah solar untuk menggunakan teknologi ini. Lihat sedikit video dibawah:-

    Antara produk nano yang menjadikan aku sedar keunikannya adalah produk pemusnah nano. Contohnya dalam cerita The Earth Stood Still dan juga cerita Gi Joe.

    Untuk pelajar Engineering yang berminat dengan  "High-performance lithium battery anodes using silicon nanowires," klik sini 
      

    Dec 19, 2010

    Wind Lens

    Sungguh seronok hari ini,banyak benda yang aku jumpa dan nak dikongsikan bersama.Wind Lens ini adalah salah satu daripada jenis wind turbine yang pernah aku post sebelum ini.


    Lupakan dulu pasal wind turbine jenis 3 bilah, mari kita pandang kehadapan dengan idea baru yang telah dicipta oleh Professor Yuji Ohya dari Kyushu Universiti.Wind Lens yang berbentuk seperti isi sarang lebah ini adalah 3 kali lebih bagus dari wind turbine tepi pantai yang lain.


    Struktur binaan yang telah dibuat adalah sama seperti aplikasi kanta pembesar tapi dalam kes ini adalah wind turbine.Nama Wind Lens adalah sempena teori lensa kanta pembesar. Ia tidak menggunakan banyak objek yang bergerak,hanya ring bulatan (lensa kanta pembesar) yang bergerak untuk membesarkan permukaan tenaga angin.Setiap kanta yang berdiameter 112m ini dapat menyediakan tenaga yang cukup untuk purata penggunaan tenaga elektrik di rumah.

    Dengan adanya teknologi baru ini,Malaysia mungkin dapat menggunakannya untuk membantu sumber penjanaan tenaga elektrik dan tambahan idea aku adalah apa kata kalau tukar dia punya platform dengan solar panel.Lagi addition power sikit.

    Untuk mereka yang berminat nak mempelajari prinsip dan teori yang digunakan.Klik sini.

    Interactive Boxing Kit

    Interactive Boxing Kit ini adalah alat tumbuk ala2 punching bag.Memandangkan puncing bag susah untuk dijumpai dan diangkat (berat), maka terciptanya alat ini yang mana menggunakan teknologi sekarang.


    Alat ini adalah rekaan dari designer Damien Urvoy yang mana seorang Industrial Designer.Alat ini digunakan dengan cara aim cahaya yang keluar.Terdapat 10 program latihan yang disediakan dengan level latihan untuk semua jenis pengguna.


    Terima kasih dengan saiz yang kecil memudahkan ia digunakan di rumah dan juga ianya tidak memerlukan wayar.Dijanakan dengan menggunakan battery.


    Untuk mendapatkan kepuasan maksima,silalah berlatih dengan kawan serumah anda dan ianya boleh digunakan oleh semua jenis pengguna.


     Ni yang nak kena beli satu ni.Ley aku lepaskan geram ngn tenet yang amat lembap!!!.


    Di atas ni merupakan video untuk mereka yang tengah pecah kepala mimikirkan entry apa la nak buat.Try it!!!

    Hover Chair

    Berita baik untuk semua manusia2 pemalas di luar sana,teknologi menjadikan manusia semakin malas.Tapi kerusi hover ini sebenarnya memudahkan golongan kurang upaya.Sila jangan salah guna.


    Kerusi ini telah dicipta oleh penyelidik Japan's Kobe Gakuin University, kerusi ini boleh terapung di udara dan dapat merasai seperti kerusi yang menggelongsor di kawasan salji.Mari kita lihat video di bawah:-


    Namun,teknologi seperti ini pada pendapat aku memudahkan lagi orang2 yang sakit kat hospital.Kerana kerusi ini mempercepatkan dan memudahkan penggunanya untuk sampai ke destinasi.Sumber

    Dec 18, 2010

    Golden Bar ATM Machine

    Mesin baru ini berfungsi untuk menukarkan duit kepada jongkong emas dalam pelbagai bentuk dan saiz atas permintaan pelanggan.Emas yang digunakan adalah emas tulen 24 karat yang mana harganya mengikut arus pasaran dan di update setiap 10 minit.


    Mesin pun da macam mesin kat universiti aku yang jual topup je.Namun,Don't judge a book with its cover.Mesin ini telah dibuat oleh orang Jerman iaitu Thomas Geissler dan di luar mesin ini disalut dengan lapisan nipis emas.


    Mesin ini menawarkan pelanggan sebanyak 320 items untuk di pilih iaitu dari kadar jongkong emas sehingga berat 10 grams dan juga syiling emas.Sumber

     
    Jongkong emas



    Syiling emas
    Bila lah nak dibuat di Malaysia,bolehlah cepat-cepat tukar duit ke dalam nilai emas yang tak pernah turun dan amat menguntungkan.Namun,adakah alat ini selamat kat negara kita? sedangkan ATM dalam bangunan pun boleh kena angkut ni kan pulak nak bawak mesin ATM emas.Bagaikan cacing yang mengimpikan selautan salji.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...