Dec 8, 2010

Legenda Formula 1 - Ayrton Senna

Mungkin ramai yang tidak mengenali Ayrton Senna yang merupakan pelumba yang terkenal dan menjadi idola pelumba-pelumba Formula 1.Senna yang berasal dari Brazil ini juga dikenali sebagai legenda sepanjang zaman dan disahkan oleh Autosport Magazine survey.

Senna memulakan kariernya dengan sukan go kart pada umur 4 tahun dan memenangi Formula 3 Championship pada tahun 1983.Senna memulakan sukan Formula 1 nya pada tahun 1984.



Menariknya tentang Senna adalah cara pemanduanya yang amat berbeza dengan pelumba formula 1 masa kini.Kereta yang dipandu Senna seperti menari-nari di atas litar dan Senna terkenal dengan pemanduan sebelah tangan.Senna juga amat pakar memandu ketika hujan, dengan kata lain hati kering. Mari kita lihat video ini.


Pada saat-saat kematian Senna, Micheal Schumacher menangis tersedu-sedu sewaktu memenangi podium pelumbaan itu.Ini membuktikan bahawa Senna amat disanjungi dan juga keperibadian Senna menjadi tumpuan apabila dia sendiri keluar dari kereta sewaktu rakan pemandu mengalami kecelakaan.Syabas Senna!



Video lanjut sila download sendiri Top Gear Season 15 Episod 5.


 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...