Dec 11, 2010

Mesin Pengorek Terbesar Di Dunia

Mungkin ramai yang mengatakan aku skema memposting ala-ala education.Well, ni aku nak bagi skit benda yang menarik untuk buka mata semua orang. Mesin pengorek ini dibina oleh kilang Krupp dan digunakan untuk mengorek lombong batu arang.


 Fakta pasal mesin ini:
  • Mesin ini berketinggian 95 meter dan panjangnya pula  215 meter.
  • Berat 45,500 ton. 
  • Ianya mengambil masa 5 tahun untuk mendesign dan mengilangkan mesin ini.
  • Mesin ini menelan belanja sebanyak USD 100 juta.
  • Maksimum laju menggali adalah 10 meter seminit.
  • Boleh mangorek arang batu sebanyak 76 000 meter persegi sehari.

Lihat betapa jauh perbezaan jentera penggorek dan mesin ini.










Dec 8, 2010

Legenda Formula 1 - Ayrton Senna

Mungkin ramai yang tidak mengenali Ayrton Senna yang merupakan pelumba yang terkenal dan menjadi idola pelumba-pelumba Formula 1.Senna yang berasal dari Brazil ini juga dikenali sebagai legenda sepanjang zaman dan disahkan oleh Autosport Magazine survey.

Senna memulakan kariernya dengan sukan go kart pada umur 4 tahun dan memenangi Formula 3 Championship pada tahun 1983.Senna memulakan sukan Formula 1 nya pada tahun 1984.



Menariknya tentang Senna adalah cara pemanduanya yang amat berbeza dengan pelumba formula 1 masa kini.Kereta yang dipandu Senna seperti menari-nari di atas litar dan Senna terkenal dengan pemanduan sebelah tangan.Senna juga amat pakar memandu ketika hujan, dengan kata lain hati kering. Mari kita lihat video ini.


Pada saat-saat kematian Senna, Micheal Schumacher menangis tersedu-sedu sewaktu memenangi podium pelumbaan itu.Ini membuktikan bahawa Senna amat disanjungi dan juga keperibadian Senna menjadi tumpuan apabila dia sendiri keluar dari kereta sewaktu rakan pemandu mengalami kecelakaan.Syabas Senna!



Video lanjut sila download sendiri Top Gear Season 15 Episod 5.


 

Dec 2, 2010

VTEC (Honda) VS VVT-i (Toyota)

Seperti mana yang kita tahu,kereta dari Jepun ini mempunyai dua perbezaan yang ketara. Namun, antara dua jenis enjin ini, yang manakah lebih memberi kuasa torque lebih dan yang mana juga yang memberikan penjimatan minyak? Mari kita mulakan dengan VTEC.

VTEC adalah dari singkatan daripada Variable Valve Timing and Lift Electronic Control manakala i- VTEC pula adalah tambahan (i=intelligent) lebih kurang macam Campro up sikit jadi Campro  Switching system (CPS).Mari kita tengok bagaimana ia beroperasi.


Ringkasan dari video diatas, bila kita dalam keadaan pemanduan normal dimana rpm meter dalam lingkungan 2500 ke 3500 . Minyak petrol yang disedut adalah minima dan bila kita cuba memandu secara agresif pada rpm 4500 ke atas, roker arm yang tengah-tengah akan di kunci dan menghasilkan lebih isipadu minyak dan memberikan kuasa lebih pada kenderaan.
Rujukan
 

Selanjutnya tentang VTEC yang lain.


Mari kita lihat pula pada teknologi enjin Toyota VVT-i. VVT-i adalah singkatan daripada "Variable Valve Timing with inteligent" yang mana telah memenangi award Engine of the Year 2000. Mari kita lihat bagaimana ia beroperasi.

 

VVT-i menggunakan sistem computer control sistem dan memberikan sedikit boost pada kenderaan apabila sampai ke tahap pemanduan aggresif.




Kesimpulanya,kedua-dua enjin ini
merupakan teknolgi yang bagus dan tersendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...