Dec 24, 2010

Transparent Phone

Di dunia masakini teknologi bergerak tersangatlah pantas, kejap je update. Tengok je la dengan processor  komputer zaman sekarang ini, dulu aku pakai Intel Core 2 Duo and sekarang ni dah sampai Intel i7, memang haram jadah betul. Ni pulak handphone jenis baru, transparent!. Aku rase da boleh menandingi i-Phone ni..




Nampak macam ada 2 plat kaca yang bodoh2 jer, tapi anda semua silap. Ini adalah hanya konsep design yang telah dibuat di Tokyo, Japan oleh Mac Funamizu.


Kita semua mahukan rekaan yang bersih dan cermat untuk telefon masa kini, mungkin rekaan ini akan menjadi konsep untuk telefon masa hadapan. Cuma teknologinya sahaja sedang di usahakan. Segalanya bukan lagi mustahil dengan adanya teknologi yang canggih sekarang ini. Nantikannya!!!.







Dec 23, 2010

Umbrella Samurai

Memandangkan hari ini pagi and petang ujan kat JB so, aku berminat nak post skit pasal Umbrella ataupon lebih manja dipanggil payung dalam bahasa melayu kita. Aku bukan la suka sangat pakai payung ni, leceh. Bila pakai payung still gak kene tempias ujan.So payung tetap sama bagi pandangan aku.Bila search2 kat google terjumpa lak payung samurai :-





Dah macam pedang zaman dahulu kala, zaman Dinasti Han(Alam Pewira).Sangat antik plus bergaye sikit.Kepada sesiapa yang berminat nak melawan hujan dengan pedang samurai ini boleh la mendapatkannya disini secara on9.



Pedang samurai ini telah diilhamkan oleh Bruce dan Stephanie Tharp dari Materious.Tapi menjadi masalah nya. Adakah selamat kita pakai di Malaysia?polis akan buat bodoh je?na mungkin....






 Nway, payung ni memng stylo.

Climbing Wall At Swiming Pool

Wall climbing adalah sejenis sukan lasak yang sukar untuk kita temui di Malaysia. Kebiasaanya, mereka yang pernah mencuba aktiviti ini sudah pasti mendapat pengalaman dari Kem PLKN, Kem Berseragam Sekolah dan juga Kem BTN. Sudah menjadi kepuasan bagi mereka yang pernah mencapai kemuncak permainan ini, manakala yang tidak dapat mencapai ke kemuncak pasti telah terkuburnya peluang kedua.


Beginilah suasana apabila tamatnya program (Kebiasaan). Ia bukan lagi menjadi tumpuan dan tiada orang untuk menjaganya lagi. Namun tidak bagi AquaClimb.


Amek skit kekreatipan benda ini,senang je tak payah lagi nak pakai tali untuk orang jaga. Jatuh pon tak de orang nak kesah. Ok lah, mari kita lihat kelibihan alat ini. Setiap panel boleh diubah kepada 4 orentasi yang berbeza, bertujuan untuk mengukur aras kesusahan. Ketinggian dinding ini dihadkan mengikut kedalaman kolam renang.



Alat ini bukan sahaja dikhaskan untuk kanak-kanak, orang dewasa pon masih boleh menggunakannya.Untung la klu de kat blakang umah camni. Tak payah nak p gim lagi. Selain itu, terdapat juga faktor keselamatan yang telah dititikberatkan oleh pendesigner alat ini.So, xperlulah nak risau dan yang penting chill!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...